PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKSES

Perlawanan akhir pingat emas dan perak antara Daerah Sabak Bernam dan Petaling di Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2017. Keputusan akhir emas dimenangi pasukan daerah Petaling, pingat Perak jatuh kepada pasukan daerah Sabak Bernam dan Gangsa kepada pasukan daerah Gombak. Tahniah kepada semua pasukan berjaya dan yang tidak berjaya berusaha pada kejohanan akan datang. Tahniah juga […]

Kursus Kejurulatihan Lesen D

Pada 22-25 Mei 2017, Kursus Kejurulatihan Lesen D kelolaan PBMS dengan kerjasama FAM telah diadakan di Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PBMS merangkap Exco FAM Encik Mohd Firdaus Mohamed. Kursus dikendali oleh Coach Hassan, Coach Aminuddin dan Coach Dr Zulakbal. Seramai 27 peserta mengikuti kursus tersebut dan […]

PENGUMUMAN PALSU

PBMS secara rasminya menafikan membuat pengumuman seperti berikut:- “assalamualaikum..PBMS nk cari player piala emas raja² 2017..jika ada player yang berminat boleh la datang 17/5/2017 hari rabu.. padang TNB kilat bangsar terhat 25 tahun ke bawah..sile bagi tahu kawan” yang lain..good luck👍🏻” Oleh yang demikian, PBMS tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian yang ditanggung oleh […]

Lawatan Kerja PBMS FC ke PERSIJA Jakarta.

Encik Mohd Firdaus Mohamed selaku Exco FAM, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), dan Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Selangor bersama Encik Zamri Mazleh selaku Naib Presiden PBSMM, dan Encik Nazeri Hussain selaku Setiausaha Agung PBSMM, bersama barisan Exco PBMS FC telah mengadakan lawatan kerja ke PERSIJA JAKARTA dan Kilang GT Radial pada 2 […]

Sabak Bernam tuan rumah Kumpulan D, PIALA EMAS RAJA-RAJA 2015

PIALA EMAS RAJA-RAJA 2015 akan berlansung pada 20-22 November 2015. Negeri Selangor amnya, dan Daerah Sabak Bernam khususnya, amat berbesar hati menjadi tuan rumah KUMPULAN D. Stadium Mini Sungai Besar dan Stadium Mini Sabak Bernam telah terpilih untuk dijadikan medan pertempuran KUMPULAN D yang terdiri dari Negeri Selangor, Kelantan, Kedah, dan Terengganu. Semua peminat bolasepak […]

Perlawanan Persahabatan Antara PBMS & UKM FC.

Perlawanan persahabatan antara Persatuan Bolasepak Melayu Selangor dengan UKM FC pada 29/10/2015 (Khamis), di Padang Bolasepak UKM, Bangi, berkesudahan dengan Selangor 0, UKM FC 0. Perlawanan terpaksa dihentikan selapas separuh masa pertama kerana hujan lebat dan ribut petir.