Kursus Kejurulatihan Bola Sepak, Lesen C

Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen C, dengan kerjasama AFC, FAM, dan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS), telah julung kali diadakan pada 20 Januari hingga 1 Februari 2018 di Maktab Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Kajang, Selangor. Kursus tersebut diterajui oleh En Richard Sinapan selaku ketua pengajar, Dato’ Richard Scully, dan Tuan Haji Azlan Johar. Manakala Penghulu/Ketua […]

Page Selangor United Team

Page Selangor United Team telah dibuka untuk menyampaikan segala berita berkenaan team Selangor United didalam Liga FAM 2018. Sila like page Selangor United Team untuk berita-berita terkini pasukan. #selangorunitedteam https://m.facebook.com/selangorunitedteam/

Takziah di Atas Pemergian 2 Bekas Pemain Bola Sepak

Alfatihah buat 2 lagenda bola sepak yang pergi meninggalkan kita… Allahyarham Abd Aziz Yusof Pernah dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu pada 2001, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Allahyarham Durahin Jamaluddin Pernah menyarung jersi PBMS dalam pusingan awal Piala Emas Raja-Raja, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka 2.50 pagi, hari ini, […]

Nenda saudara Sultan Selangor mangkat

Al Fatihah.. Dukacita dimaklumkan bahawa YAM Tengku Aris Temenggong Selangor baru sahaja mangkat di Wad DiRaja, Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang, pagi ini, Rabu, 3 Januari 2018. Jenazah Al Marhum dijangka dibawa ke Istana DiRaja Alam Shah, Klang. Sekian

Kunjung Hormat ke Majlis Daerah Sabak Bernam

Kunjung hormat Tuan Presiden PBMS, En Mohd Firdaus Mohamed bersama Exco ke Majlis Daerah Sabak Bernam bagi merangka kerjasama untuk menjadikan Stadium Mini Sg Besar sebagai stadium rasmi pasukan Selangor United dalam mengharungi Liga FAM dan Piala Presiden bagi musim 2018. Alhamdullilah niat Presiden untuk memulakan langkah awal disalah satu daerah di negeri Selangor ini […]

MOU PBMS Sdn Bhd di Jakarta

PBMS mengorak langkah melalui syarikat induk kami PBMS Sdn Bhd dengan menandatangani MOU diantara PBMS Sdn Bhd dan Syarikat pembekalan minuman bertenaga yang berpengkalan di Poland dalam merealisasikan komitmen kami dalam menjadikan bolasepak itu sebagai satu perniagaan. Usahasama ini akan membantu menjana keuntungan bagi syarikat sebagai Syarikat Induk bagi Pasukan PBMS FC yg juga akan […]

Kunjung Hormat Tuan Mohd Shukor dari Universiti Malaya

Bersama Tuan Mohd Shukor dari Universiti Malaya yang telah mengadakan kunjung hormat ke atas Presiden PBMS. Perjumpaan ini antara lainnya membincangkan mengenai bolasepak dan ianya lebih tertumpu kepada persoalan mengenai bolasepak tempatan.

Takziah kepada mangsa kebakaran MADRASAH DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

Innalillah wainna ilaihi rojiun… ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah.. ‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ […]

Jawatan Ketua Jurulatih PBMS FC

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan, bagi mengisi jawatan Ketua Jurulatih PBMS FC bagi sesi 2018. Berikut syarat-syarat berkaitan Syarat Kelayakan * Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak * Mempunyai kelayakan Sijil Kejuluratihan Lesen ‘A’ keluaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau sijil yang setaraf dengannya * Berpengalaman selama 2 tahun […]