Category Archives: Album Gambar



KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK LESEN ‘D’ FAM 2019

Kursus Kejurulatihan Bolasepak Lesen ‘D’ FAM Anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Selangor dan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia pada 20 – 24 Ogos 2019 bertempat di Akademi Bolasepak Merah Kuning. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Wan Jamak bin Wan Hasan


KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK AKAR UMBI FAM 2019

Persatuan Bolasepak Melayu Melayu Malaysia (PBMM) dan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi FAM di Kompleks Akademi Bolasepak Merah Kuning, Puncak Alam. Kursus tersebut telah berlansung selama dua hari pada 7 dan 8 Ogos 2019.Seramai 30 peserta telah menyertai kursus tersebut. Instruktur kursus ini ialah Muhammad Taufiq Cheng dan […]



Pilihan Selangor United FC vs Korea University FC

Selangor United FC (SUFC) menerima kunjungan hormat dari Korea University FC (KUFC) dalam aksi perlawanan persahabatan bertempat di Akademi Bolasepak Merah Kuning, Puncak Alam pada 17 November 2018. Selangor United yang dalam sessi pemilihan terakhir pasukan tewas dengan jaringan 4-2. Wakil KUFC juga telah menyampaikan cenderahati kepada Presiden SUFC, En Mohd Firdaus Mohamed. #selangorunitedofficial #selangorunitedteam […]




Perlawanan Persahabatan Selangor United FC di Bandung Indonesia.

Pada 29 Oktober 2018, bertempat di Sekolah Staf dan Komando Angkatan Udara SESKAOU Lembang, Kota Bandung berlangsung perlawanan persahabatan diantara Selangor United FC lawan Persikasi Bandung, skuad bimbingan bekas bintang Selangor Elie Aiboy. Perlawanan berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.






Majlis Iftar 2018

Majlis Iftar Ramadhan Bersama Tuan Presiden Selangor United FC iaitu Tuan Mohd Firdaus Bin Mohamed. Turut Bersama Pengurusan Dan Exco Serta Barisan Pegawai Selangor United FC Majlis Diserikan Lagi Dengan Kehadiran Penggiat Seni Tanah Air Juga Merupakan Artis ND Lala. Majlis Berlangsung Dengan Jayanya Terima Kasih Tuan Presiden #selangorunited



Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Alhamdullilah pada hari Sabtu 5 Mei 2018, telah berlangsung Majlis Tahlil Arwah dan Bacaan Yassin bertempat di Hotel Sri Bernam, Sabak Bernam. Pada majlis tersebut Presiden Selangor United yang juga merupakan Exco FAM, Encik Mohd Firdaus Mohamed turut serta bersama-sama dengan para pemain Selangor United dan barisan pegawai-pegawai. Selain bacaan yassin dan tahlil bagi arwah-arwah […]


Kursus Kejurulatihan Bola Sepak, Lesen C

Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen C, dengan kerjasama AFC, FAM, dan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS), telah julung kali diadakan pada 20 Januari hingga 1 Februari 2018 di Maktab Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Kajang, Selangor. Kursus tersebut diterajui oleh En Richard Sinapan selaku ketua pengajar, Dato’ Richard Scully, dan Tuan Haji Azlan Johar. Manakala Penghulu/Ketua […]







PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK SUKSES

Perlawanan akhir pingat emas dan perak antara Daerah Sabak Bernam dan Petaling di Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) 2017. Keputusan akhir emas dimenangi pasukan daerah Petaling, pingat Perak jatuh kepada pasukan daerah Sabak Bernam dan Gangsa kepada pasukan daerah Gombak. Tahniah kepada semua pasukan berjaya dan yang tidak berjaya berusaha pada kejohanan akan datang. Tahniah juga […]


Kursus Kejurulatihan Lesen D

Pada 22-25 Mei 2017, Kursus Kejurulatihan Lesen D kelolaan PBMS dengan kerjasama FAM telah diadakan di Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PBMS merangkap Exco FAM Encik Mohd Firdaus Mohamed. Kursus dikendali oleh Coach Hassan, Coach Aminuddin dan Coach Dr Zulakbal. Seramai 27 peserta mengikuti kursus tersebut dan […]



Lawatan Kerja PBMS FC ke PERSIJA Jakarta.

Encik Mohd Firdaus Mohamed selaku Exco FAM, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), dan Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Selangor bersama Encik Zamri Mazleh selaku Naib Presiden PBSMM, dan Encik Nazeri Hussain selaku Setiausaha Agung PBSMM, bersama barisan Exco PBMS FC telah mengadakan lawatan kerja ke PERSIJA JAKARTA dan Kilang GT Radial pada 2 […]














Perlawanan Persahabatan Antara PBMS & UKM FC.

Perlawanan persahabatan antara Persatuan Bolasepak Melayu Selangor dengan UKM FC pada 29/10/2015 (Khamis), di Padang Bolasepak UKM, Bangi, berkesudahan dengan Selangor 0, UKM FC 0. Perlawanan terpaksa dihentikan selapas separuh masa pertama kerana hujan lebat dan ribut petir.






PBMS vs. PROTON (Persahabatan)

Perlawanan persahabatan antara Persatuan Bolasepak Melayu Selangor dengan PROTON pada 10 Oktober 2015 di Padang Bolasepak PROTON, Seksyen 26 Shah Alam, berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.



Pemilihan Pemain PERR Selangor 2015 – Album Gambar

Seramai lebih kurang 120 orang telah menyertai Sesi Pemilihan Pemain PIALA EMAS RAJA-RAJA SELANGOR 2015 di Stadium Mini IKBN, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, Pada 29 Ogos 2015. Sesi pemilihan tersebut mendapat liputan dari pihak RTM TV1. Semoga Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (P.B.M.S.) berjaya menggilap bakat-bakat baru dan seterusnya mengungguli kejohanan PIALA EMAS RAJA-RAJA 2015.


Veteran Melayu Selangor vs. Arena FM

Pada 8 Ogos 2015, hari Sabtu jam 5.00pm, Perlawanan Persahabatan antara Veteran Melayu Selangor dengan Arena FM telah diadakan di Stadium Kompleks Sukan Lendu, Alor Gajah, Melaka. Perlawanan tersebut telah berpihak kepada pasukan Arena FM dengan jaringan tiga gol berbalas dua gol (3-2). Moga perlawanan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. […]