KURSUS KEJURULATIHAN BOLASEPAK AKAR UMBI FAM 2019

Persatuan Bolasepak Melayu Melayu Malaysia (PBMM) dan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi FAM di Kompleks Akademi Bolasepak Merah Kuning, Puncak Alam.

Kursus tersebut telah berlansung selama dua hari pada 7 dan 8 Ogos 2019.Seramai 30 peserta telah menyertai kursus tersebut. Instruktur kursus ini ialah Muhammad Taufiq Cheng dan dibantu oleh Mohd Fauzi Mokhtar.