Kunjungan Hormat Presiden FIFA

Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi pemimpin bola sepak yang diketuai oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Presiden Selangor United FC yang juga Exco FAM bersama-sama mengiringi Presiden FAM, Dato Hamidin Mohd Amin.

Kunjungan hormat itu disusuli majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara FAM dan JFA bertujuan mewujudkan rangka kerja bagi mengukuhkan kerjasama teknikal dan belia serta menggalakkan pertukaran pengetahuan dalam pendidikan kejurulatihan dan pentadbiran.