Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Alhamdullilah pada hari Sabtu 5 Mei 2018, telah berlangsung Majlis Tahlil Arwah dan Bacaan Yassin bertempat di Hotel Sri Bernam, Sabak Bernam.

Pada majlis tersebut Presiden Selangor United yang juga merupakan Exco FAM, Encik Mohd Firdaus Mohamed turut serta bersama-sama dengan para pemain Selangor United dan barisan pegawai-pegawai.

Selain bacaan yassin dan tahlil bagi arwah-arwah yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita, ia juga bertujuan bagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.

Terima kasih Tuan Presiden Selangor United FC, dan kami mendoakan agar segala yang dirancang akan dipermudahkan olehNya. Insha Allah. Aameen.