Penangguhan Kursus Pengadil Bolasepak PBMS-PBMM 2018

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan/Cik

Per: Kursus Pengadil Bolasepak PBMS-PBMM 2018
Tarikh: 29.04.2018
Hari: Ahad
Masa: 9:00Malam
Tempat: Pejabat Persatuan Bolasepak Melayu Selangor, 51-1, Jalan Bunga Tanjung 9C, Taman Putra 56100 Ampang Jaya, Selangor.
Tel: 03-4285 2347

Merujuk perkara di atas.

Dukacita dimaklumkan kepada pihak tuan-tuan bahawa kursus tersebut akan DITUNDA ke satu tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kelak iaitu selepas hari raya aidilfitri 2018.

Penundaan kursus adalah disebabkan pada tarikh tersebut pasukan Selangor United (PBMS) mempunyai perlawanan PIALA FAM 2018 di Kota Bharu, Kelantan. Tuan Presiden PB. Melayu Selangor, pihak pentadbiran dan pengurusan tiada pada hari tersebut. Pihak pengurusan tetap akan menerima pendaftaran baru daripada mereka yang berminat untuk menyertai bidang pengadilan bersama PBMS-PBMM.

Pihak pengurusan pengadilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan di atas minat serta kerjasama untuk menyertai kursus pengadilan tersebut.

Sekian, terima kasih

Pengurusan Pengadil
P.B Melayu Selangor – P.B Melayu Malaysia.