Kursus Kejurulatihan Bola Sepak, Lesen C

Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Lesen C,
dengan kerjasama AFC, FAM, dan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS), telah julung kali diadakan pada 20 Januari hingga 1 Februari 2018 di Maktab Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

Kursus tersebut diterajui oleh En Richard Sinapan selaku ketua pengajar, Dato’ Richard Scully, dan Tuan Haji Azlan Johar. Manakala Penghulu/Ketua Peserta adalah En Abdul Razak Abdullah, dan terdapat 4 orang peserta berasal dari Indonesia.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.