MOU PBMS Sdn Bhd di Jakarta

PBMS mengorak langkah melalui syarikat induk kami PBMS Sdn Bhd dengan menandatangani MOU diantara PBMS Sdn Bhd dan Syarikat pembekalan minuman bertenaga yang berpengkalan di Poland dalam merealisasikan komitmen kami dalam menjadikan bolasepak itu sebagai satu perniagaan.

Usahasama ini akan membantu menjana keuntungan bagi syarikat sebagai Syarikat Induk bagi Pasukan PBMS FC yg juga akan dikenali sebagai Selangor United untuk projek akar umbi kami dalam bolasepak tempatan.

Majlis menandatangani MOU ini diwakili oleh Pemilik PBMS Sdn Bhd yang juga Presiden PBMS FC, Encik Mohd Firdaus Mohamed telah berlangsung di Jakarta, Indonesia dan disaksikan oleh rakan perniagaan kami yang juga merupakan syarikat yang menguruskan kelab bolasepak Persija Jakarta.

#pbmsfc
#ligafam2018