Jawatan Ketua Jurulatih PBMS FC

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan, bagi mengisi jawatan Ketua Jurulatih PBMS FC bagi sesi 2018. Berikut syarat-syarat berkaitan

Syarat Kelayakan

* Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak
* Mempunyai kelayakan Sijil Kejuluratihan Lesen ‘A’ keluaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau sijil yang setaraf dengannya
* Berpengalaman selama 2 tahun mengendali mana-mana pasukan yang menyertai Liga Malaysia.
* Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun atau lebih dari tarikh memohon.

Cara Memohon

* Email biodata/resume (CV) anda ke alamat pbmsgor@gmail.com atau poskan kepada:

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor
No. 51, Jalan Teratai 1/9C
Taman Bukit Teratai,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan

* Dan sila lampirkan salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh majikan ataupun mana-mana pihak yang berkenaan.

Tarikh Tutup Permohonan

* Sebelum atau pada 15 Oktober 2017
* Calon-calon yang berjaya akan disenarai pendek dan dipanggil temuduga