Kursus Kejurulatihan Lesen D

Pada 22-25 Mei 2017, Kursus Kejurulatihan Lesen D kelolaan PBMS dengan kerjasama FAM telah diadakan di Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PBMS merangkap Exco FAM Encik Mohd Firdaus Mohamed.

Kursus dikendali oleh Coach Hassan, Coach Aminuddin dan Coach Dr Zulakbal.

Seramai 27 peserta mengikuti kursus tersebut dan sebahagian besar adalah anak kelahiran Selangor.