KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP PIALA YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI 2017

KEJOHANAN BOLASEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP PIALA YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI 2017

 

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) bersama-sama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Pejabat YB Adun Hulu Selangor telah menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi buat kali kedua pada 8 – 9hb April 2017 di Stadium Jugra, Banting.

Sebanyak 24 pasukan pada tahun ini menyertai kejohanan dua hari berbanding 20 pasukan pada tahun lalu. Pasukan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) B telah muncul menjadi juara kejohanan dengan menewaskan Empire Rhea FC 3-0 pada perlawanan akhir.

Juara MDKL B membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala iringan manakala Empire Rhea beroleh wang tunai RM1,500 selaku naib juara. Tempat ketiga menjadi milik Pemuda Kancong Darat membawa pulang RM750 dan pasukan Dimensi tempat keempat mendapat RM500.

Pasukan MDKL B juga meraih hadiah tambahan apabila pemain mereka, Muhamad Farees Mohamad Ismail diumumkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

YB Dato Ahmad Yunus merasa bangga melihat kesungguhan pemain-pemain yang bertanding disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru diperingkat daerah untuk dipertengahkan pada kejohanan yang lebih tinggi.

Hadiah dan piala iringan telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Yahya Baba kepada para pemenang.

2017-04-16 16.14.33

IMG-20170416-WA0035

IMG-20170416-WA0040

IMG-20170416-WA0004

IMG-20170416-WA0034

IMG-20170416-WA0041

IMG-20170416-WA0043

IMG-20170416-WA0019

IMG-20170416-WA0039

IMG-20170416-WA0042

IMG-20170416-WA0029

IMG-20170416-WA0032

IMG-20170416-WA0036

IMG-20170416-WA0033

IMG-20170416-WA0031